Apakah benar kebahagiaan menuntut pengorbanan @ Perlu kita mengorbankan segala2nya demi kebahagiaan!!!
Wednesday, March 10, 2010
Cinta Pertama ...
Anda semua pasti pernah jatuh cinta kan...CINTA PERTAMA....dengar pun kadang2 kita boleh tergelak sendiri...tapi apa makna CINTA.... bagi aku cinta adalah perasaan untuk kita kenal erti kasih..rindu..sayang cinta yang sebenarnya. Kita boleh jatuh cinta dalam sekelip mata tapi untuk melupakannya hampir sepanjang hayat. Bagi aku bukan semua orang boleh lupakan cinta pertama mereka... Aku akui,ini kerana tidak mudah untuk melupakan cinta pertama...sbb itu bukan semua cinta pertama akan berakhir hingga ke jinjang pelamin. Yang akan membuat jiwa kita rasa rindu pada orang yang kita cintai.Alangkah indahnya jika cinta pertama itu berjaya hingga ke jinjang pelamin. Alangkah beruntungnya mereka yang berjaya membawa cinta pertama sehingga ke jinjang pelamin. Namun, itulah hakikat kehidupan ... tidak semuanya yang kita impiankan akan tercapai.. Kadang-kadang, kita masih terkenangkannya walaupun cinta pertama itu sebenarnya amat menyakitkan hati. Namun, kadang-kadang aku terfikir, kenapa harus wujudkan perasaan cinta itu di dalam diri sedangkan dia tidak tercipta untuk kita. Apalah ertinya rindu yang dibajai di balas dengan kelukaan...sampai bila kita harus mengenang cinta pertama jika ia amat menyakitkan? alangkah bahagianya mereka yang telah dipertemukan jodoh masing-masing walaupun banyak rintangan yang terpaksa ditempuhi sedangkan hakikat kehidupan yang sebenarnya tidaklah semudah seperti perjalanan cerita di dalam drama/novel. Oleh itu, anda harus bersyukur jika anda telah dipertemukan jodoh dan hargailah pasangan masing-masing kerana bagi sesetengah insan, tidak mudah untuk bertemu jodoh dan tidak mudah untuk menyerah hati untuk dimiliki.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment