Monday, September 12, 2011

Amalan Asmaul Husna

1. "Ya Allah!" apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.

2. "Ya Rahman!" apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.

3. "Ya Rahim!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.

4. "Ya Malik!" apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.

5. "Ya Quddus!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki dll.

6. "Ya Salam!" apabila dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.

7. "Ya Mukmin!" apabila dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.

8. "Ya Muhaimin!" apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.

9. "Ya 'Aziz!" apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh, InsyaAllah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.

10."Ya Jabbar!" apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.

11. "Ya Mutakabbir!" apabila dizikirkan sebanyak 662 x, maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yg setia.

12."Ya Khaliq!" dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap (faham).

13."Ya Baarii'!" sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100 x selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.

14."Ya Musawwir!" sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.

15."Ya Ghaffaar!" sambil beri'tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100 x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.

16."Ya Qahhaar!" dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.

17. "Ya Wahhaab!" dizikir sebanyak 100 x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu didalam kesempitan, Insya Allah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.

18. "Ya Razzaq!" dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.

19. "Ya Fattah!" dizikir sebanyak 71 x sesudah selesai solat subuh, InsyAllah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.

20. "Ya 'Aalim!" dizikir sebanyak 100 x setiap kali selesai solat Maktubah, Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.

21. "Ya Qaabidhu!" dizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.

22. "Ya Baasithu!" Bagi mereka yg berniaga atau mempunyai usaha2 lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, InsyaAllah rezeki akan menjadi murah.

23. "Ya Khaa'fidh!" dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.

24. "Ya Raafi!" dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 x, InsyaAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.

25. "Ya Mu'izz!" dizikirkan sebanyak 140 x setiap hari, Insya Allah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.

26. "Ya Muzill!" Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.

27. "Ya Samii'!" Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solah Dhuha, InsyaAllah doa akan mustajab.

28. "Ya Bashiir!" Dizikirkan sebanyak 100 x sebelum solat Jumaat, InsyaAllah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.

29. "Ya Hakam!" dizikirkan sebanyak 68 x pada tengah malam dalam keadaan suci, InsyaAllah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.

30. "Ya Adllu!" dizikirkan sebanyak 104 x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.

31. "Ya Lathiif!" Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju.

32. "Ya Khabiir!" Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.

33. "Ya Haliim!" Dizikirkan sebanyak 88 x selepas solat lima waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, InsyaAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar atau diungkit-ungkit atau tergugat.

34. "Ya 'Aziim!" dizikirkan sebanyak 12 x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan & sebagainya.

35. "Ya Ghafuur!" bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa-dosa & beriktikad untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah.

36. "Ya Syakuur!" dizikirkan sebanyak 40 x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak.

37. "Ya 'Aliy!" Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110 x (** di dalam bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia!!) lalu direndam pada air yang dingin & diberikan si anak meminumnya, InsyaAllah lama kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi. InsyaAllah mujarab.

38. "Ya Kabiir!" Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000 x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau hajat).

39. "Ya Hafiiz!" dizikir sebanyak 99 x, InsyaAllah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.

40. "Ya Muqiit!" Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang.

41. "Ya Hasiib!" Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777 x sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, InsyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.

42. "Ya Jaliil!" Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir, InsyaAllah kita akan mendapati perubahaan yang mengkagumkan - perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa disedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya dengan izin Allah.

43. "Ya Kariim!" Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280 x ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.

44. "Ya Raqiib!" Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 x setiap hari dengan niat agar barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada Allah. InsyaAllah....

45. "Ya Mujiib!" Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55 x sesudah solat subuh. Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa kita.

46. "Ya Waasi!" Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128 x setiap pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.

47. "Ya Hakiim!" Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar didalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300x setiap hari.

48. "Ya Waduud!" Amalkan zikir ini sebanyak 11,000 x pada setiap malam. InsyaAllah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa berada didalam keadaan harmoni.

49. "Ya Majiid!" Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99 x, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga.

50. "Ya Baa'its!" Zikirkan sebanyak 100 x dengan meletakkan kedua tangan ke dada, InsyaAllah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.

51. "Ya Syahiid!" Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.

52. "Ya Haq"! Perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.

53. "Ya Wakiil" Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.

54. "Ya Qawiy!" Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berdepan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.

55. "Ya Matiin!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.

56. "Ya Waliy!" Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya,kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.

57. "Ya Hamiid!" Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.

58. "Ya Muhshiy!" Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan didalam pertolongan yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.

59. "Ya Mubdiu!" Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470 x setiap hari. InsyaAllah....

60. "Ya Mu'id!" Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124 x setiap hari sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan akan hasilnya.

61. "Ya Muhyiy!" amalkan zikir ini sebanyak 58 x setiap hari, InsyaAllah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.

62. "Ya Mumiit!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan dipermudahkan didalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.

63. "Ya Hayyu!" Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.

64. "Ya Qayyuum!" Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah dgn "Ya Hayyu Ya Qayyuum..." sebanyak 1,000 x setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, Insya Allah akan tercapai segala hajat.

65. "Ya Waajid!" Andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.

66. "Ya Maajid!" Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.

67. "Ya Waahid!" Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat ingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, Insya Allah...

68. "Ya Somad! Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah, diri akan berasa segar & sentiasa.

69. "Ya Qaadir!" Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305 x setiap hari, Insya Allah segala hajat akan berhasil.

70. "Ya Muqtadir!" Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahariah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.

71. "Ya Muqaddim!" Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata "Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184 x setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan berhasil".

72. "Ya Muahkhir"! Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.

73. "Ya Awwal!!" Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x setiap hari, InsyaAllah segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah.

74. "Ya Aakhir!" Amalkan berzikir sebanyak 200 x sesudah solat 5 waktu selama satu bulan, InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.

75. "Ya Dhaahir!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106 x selesai solat waktu di tempat yang sunyi (khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.

76. "Ya Baathinu!" Seperti no. 75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30 x sesudah solat fardhu.

77. "Ya Waaliy!" Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma'rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini

78. "Ya Muta'aAliy!" Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap. InsyaAllah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting-penting akan berhasil.

79. "Ya Bar!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.

80. "Ya Tawwaab!" Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.

81. "Ya Muntaqim!" Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan
kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendapat pertolongan Allah.

82. "Ya 'Afuww!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.

83. "Ya Rauuf!" Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu samada pada waktu siang mahupun malam.

84. "Ya Maalikul Mulki!" Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212 x sesudah solat fardhu & 212 pada setiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.

85. "Ya Zul Jalaali wal Ikraam!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 x setiap hari selama sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.

86. "Ya Muqsith!" Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah Tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.

87. "Ya Jaami'!" Sekiranya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.

88. "Ya Ghaniy!" Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.

89. "Ya Mughniy!" Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai.

90. "Ya Maani'!" Andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161 x pada waktu menjelang solat subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim & suka membuat angkara.

91. "Ya Dhaarr!" Asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi & telah puas diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 x pada setiap hari, InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyakit itu akan cepat sembuh.

92. "Ya Naafi' "! Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.

93. "Ya Nuur!" Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki k
kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun kebaikan di akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi & petang.

94. "Ya Haadiy!" Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, Insya Allah akan diberikan pertolongan Allah akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.

95. "Ya Baadii!" Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi memastikan rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500 x selepas solat fardhu. InsyaAllah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.

96. "Ya Baaqy!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini.

97. "Ya Waarits!" Sekiranya kita berzikir sebanyak 500 x selepas solat fardhu atau sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707 x. InsyaAllah berkat zikir ini Allah akan memberi petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik & memberangsangkan.

98. "Ya Rasyiid!" Walaupun kita tergolong didalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita akan menjadi bertambah cerdas.

99. "Ya Shabuur!" Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai kejayaan.

Usik - Usik !!!

KALAU SUAMI..

1) Kalau suami mula berahsia..Itu tandanya dia tak setia
2) Kalau suami meninggi suara..Itu tandanya dia dah ada mak we
3) Kalau suami mengaku bujang tua..Itu tandanya dia nak ngurat anak dara
4)Kalau suami selera tak ada..Itu tandanya dia nak pasang dua
5)Kalau suami lambat balik aje..Itu tandanya dia dah syok kat setiausaha
6)Kalau suami tidur di ruang tamu..Itu tandanya dia dah jemu
7)Kalau suami malam jumaat buat tak tahu..Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu
8)Kalau suami garang macam singa..Itu tandanya hati dia dah tak cinta
9)Kalau suami asyik komplen aje..Itu tandanya dia dah tak suka
10)Kalau suami mula sepak terajang ke muka..Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA…

JIKA SUAMI

1) Jika suami sayangkan isteri..Dapat gaji semua diberi
2) Jika suami sayangkan isteri..Kerja rumah rela dikongsi
3) Jika suami sayangkan isteri..Kereta diberi suami naik LRT
4) Jika suami sayangkan isteri..Duit poket diberi setiap hari
5) Jika suami sayangkan isteri..SMS dikirim tanda rindu dihati
6) Jika suami sayangkan isteri..Kongsi masalah nasihat dikasi
7) Jika suami sayangkan isteri..Diberi ciuman setiap pagi
8) Jika suami sayangkan isteri..I love U, I miss U katanya setiap hari
9)Jika suami sayangkan isteri..Isteri gemuk, dikatakan seksi
10)Jika suami sayangkan isteri..Sakit sikit selongkar laci ubat dicari
11)Jika suami sayangkan isteri..Kemana sahaja dibawa pergi
12)Jika suami sayangkan isteri..Sentiasa jujur perihal diri
13)Jika suami sayangkan isteri..Status berkahwin bangga sekali
14)Jika suami sayangkan isteri..Cintanya suci hingga ke mati

PESANAN KEPADA ISTERI2 :

Adakah suami2 kita tergolong dlm kategori atau ?
JIKA SUAMI … lebih banyak dari KALAU SUAMI maka bersyukurlah kerana rumahtangga anda umpama SYURGA.

TETAPI ….

KALAU SUAMI…. lebih banyak dari JIKA SUAMI… maka berhati-hatilah. .. wahai kaum isteri jangan sampai rumahtangga mu umpama NERAKA.

PERINGATAN KEPADA SUAMI2 :

Bukankah lebih baik jadikan rumahtangga itu SYURGA dari menjadikan a NERAKA ?????

JANGANLAH KITA ERASA MENYESAL KERANA MENCINTAI ISTERI.. KERANA DIALAH BIDADARIMU DI DUNIA INI..



DAN JANGANLAH ANDA SERONOK MENZALIMINYA KERANA DOA ORANG TERANIYA DITERIMA ALLAH YANG ESA…

Monday, April 18, 2011

Anemia

Apakah Anaemia?

Ia adalah suatu keadaan dimana sel darah merah yang matang yang membawa oksigen ke seluruh tisu badan berkurangan. Fungsi ini dijalankan oleh protein yang dinamakan haemoglobin. Anaemia biasanya bermaksud haemoglobin yang tidak mencukupi. Paras Haemoglobin yang normal adalah diantara 11.5 hingga 16.5g/dL untuk perempuan dan 12.5 hingga 18.5g/dL untuk lelaki.

Sebab-sebab anaemia

1. Kehilangan darah (samada akut atau kronik)
- Kehilangan darah yang akut boleh dilihat semasa kemalangan jalan raya atau selepas pembedahan. Kehilangan darah yang melebihi 500ml biasanya memerlukan gentian darah.
- Kehilangan darah kronik biasanya berlaku semasa kedatangan haid yang berlebihan, infestasi cacing dan lain-lain keadaan.
2. Pembentukan sel darah merah yang tidak mencukupi dari tulang sum-sum.

Ini mungkin disebabkan oleh :

- Kekurangan faktor penting seperti zat besi,, vitamin B12, folate dan erythropoietin.
o Pembesaran yang mendadak bagi remaja, menyebabkan penambahan keperluan zat besi dimana ianya melebihi paras penyerapan zat besi.
o Kitaran haid bagi wanita dengan kehilangan anggaran 30mg zat besi setiap bulan menyebabkan kekurangan zat besi.
* Faktor Toksik : Penyakit Inflamasi, kegagalan hati dan ginjal, ubatan.
* Kekurangan hormon : Paras hormon tiroid rendah.
* Serangan tulang sum-sum : kanser darah, penyakit tulang sum-sum.
* Gangguan pembentukan sel darah merah: keadaan seperti Talasemia.
2. Pemusnahan sel darah merah yang berlebihan

Mungkin berlaku didalam beberapa jangkitan atau pengambilan sesuatu ubat.
Jenis Anemia yang biasa berlaku ialah :

* Anemia disebabkan kekurangan zat besi.
* Talasemia

Tanda-tanda dan gejala
Ramai remaja menghidapi Anaemia dan tidak mengetahui sebabnya.
Gejala-gejala termasuk:

* Keletihan setiap masa
* Pening
* Sesak nafas apabila melakukan atktiviti fizikal
* Kulit pucat
* Kadar denyutan jantung yang cepat
* Kurang daya ingatan
* Kurang berat badan

Komplikasi
Jika Anaemia sangat teruk ia akan menyebabkan :

* Kegagalan jantung dimana fungsi jantung menjadi lemah dan tidak mencukupi.
* Masalah semasa mengandung seperti melahirkan anak pramatang dan pertumbuhan janin yang terencat semasa berada didalam kandungan.

Rawatan
Pemeriksaan haemoglobin untuk menentukan samada anda menghidapi anaemia atau tidak boleh dilakukan di klinik berhampiran dengan anda.

Rawatan Anaemia bergantung kepada jenis Anaemia yang dihadapi.

* Jika ia disebabkan oleh masalah perubatan seperti Talasemia, Leukaemia, rawatan khusus perlu dilakukan.
* Jika ia disebabkan oleh kekurangan zat besi, maka ia perlu mengambil makanan seimbang yang mengandungi zat besi yang tinggi dan juga pil tambahan zat besi. Sila lihat Jadual 1 untuk kandungan zat besi dalam makanan.

Tips lain: Untuk merawat kekurangan zat besi :

* Dinasihatkan mengambil pil tambahan zat besi bersama dengan vitamin C untuk membantu penyerapan zat besi.
* Penyebab utama seperti infeksi cacing dan keradangan pada usus perlu dirawat.

Tidak Bertelur atau Anovulasi

Anovulasi adalah wanita yang tidak mengeluarkan telur setiap bulan mengalami masalah anovulasi. Untuk memastikan persenyawaan berlaku, ovari akan melepaskan telur yang matang kedalam salur fallopian setiap bulan. Disini, telur akan disenyawakan dan sekiranya tiada masalah lain, kehamilan akan berlaku. wanita yang mengalami anovulasi tidak mengeluarkan telur atau kadang-kadang sahaja.

Ini menyebabkan kehamilan sukar terjadi.Sebab-sebab Anovulasi

Ia terjadi selalunya disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon. mungkin hormon terlalu sedikit atau terlalu banyak dan otak kita tidak mempunayi cukup signal untuk ovari mengeluarkan telur.

Faktor -faktor yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon ini termasuklah:

* Menyusu badan
* Terlalu gemuk atau telalu kurus
* Terlalu banyak senaman
* Anorexia atau bulimia
* Tekanan
* PCOS
* Masalah tiroid
* Masalah kelenjar pituitari.
* Masalah berlebihan hormon prolaktin

Untuk rawatan kepada Anovulasi bergantung kepada penyebab kepada ovulasi tersebut.Ubatan-ubatan yang boleh membantu termasuklah clomiphene, bromocriptin atau gonadotrophin. Surgeri pula termasuklah ovarian drilling untuk prngidap PCOS yang resistan kepada ubat-ubatan.

Sunday, April 10, 2011

Tentang Suntikan Lucrin Depot


Sebagai rawatan, pakar telah memberikan saya suntikan 'Lucrin' untuk
tempoh 3 bulan untuk mengecutkan endometriosis tersebut. sepanjang tempoh 3 bulan ini juga saya tidak akan mengalami 'period'. walaubagaimanapun, saya berhadapan dengan kesan sampingan 'lucrin'seperti sakit kepala, panas badan dll.

Apakah Lucrin Depot ?
Merupakan satu analog GnRH (hormon pelepas gonadotropin) yang amat berkesan untuk rawatan endometriosis. Setelah menjalani terapi selama 6 bulan, didapati 99% pesakit mengalami kesakitan yang semakin berkurangan semasa kedatangan haid. 77% pula melaporkan pengurangan dalam keradangan bahagian pelvik dan 70% lagi melaporkan pengurangan kesakitan pelvik.

Bilakah kesakitan saya dapat dikurangkan setelah memulakan terapi?
Kebanyakkan wanita yang menghidapi endometriosis mendapati kesakitan mereka dapat dikurangkan dalam tempoh masa 3 bulan pertama

Keadaan saya bertambah pulih setelah 3 bulan saya memulakan rawatan Lucrin Depot. Adakah perlu untuk saya meneruskan terapi ini?
Ya.Adalah penting untuk anda melengkapkan jadual terapi selama 6 bulan, agar anda mendapat kelegaan daripada kesakitan untuk jangkamasa yang panjang. Ini perlu dilakukan walaupun keadaan anda bertambah pulih selepas menjalani terapi untuk 3 bulan

Adakah saya masih mengalami kedatangan haid semasa menjalani terapi?
Kebanyakan wanita akan berhenti datang haid semasa terapi. Akan tetapi, terdapat sesetengah wanita mungkin akan mempunyai kedatangan haid yang ringan atau sedikit. Kebanyakannya akan terhenti haid selepas bulan kedua terapi.

Selepas 2 bulan rawatan Lucrin Depot diberhentikan, kitaran haid akan kembali. Jika ini tidak kembali dalam tempoh 3 bulan, sila hubungi doktor dengan segera

Bolehkah saya hamil semasa menjalani Lucrin Depot?
Lucrin Depot bukanlah satu alat atau cara pencegah kehamilan. Ovulasi masih boleh berlaku walaupun anda tidak mengalami kedatangan haid semasa menjalani terapi ini. Persetubuhan tanpa penggunaan sebarang alat mencegah kehamilan boleh menyebabkan kehamilan. Oleh yang demikian, anda perlu menggunakan alat pencegah kehamilan (bukan hormon) seperti diafragma dengan jeli pencegah kehamilan, kondom atau IUD. Anda perlu memberitahu doktor secepat mungkin sekiranya anda mengesyaki yang anda bermungkinan telah hamil semasa menjalani terapi Lucrin Depot

Apakah akan terjadi jika saya terlupa mengambil satu suntikan?
Adalah penting untuk anda mengambil suntikan pada masa yang dijadualkan setiap bulan. Walaubagaimanapun, kelewatan mengambil suntikan untuk beberapa hari tidak sepatutnya menjejaskan anda tetapi kelewatan ini jika terlalu lama boleh mengakibatkan pendarahan atau ovulasi

Apakah kesan-kesan sampingan yang akan saya alami semasa rawatan?
Lucrin adalah sama seperti ubat-ubatan lain yang digunakan untuk merawat endometriosis, ia akan menyebabkan badan anda berada dalam keadaan seperti keputusan haid untuk sementara waktu. Jadi kesan-kesan sampingan Lucrin Depot adalah mirip keadaan yang akan dilaporkan semasa wanita keputusan haid. Ini termasuk rasa panas bahang, sakit kepala,berhenti kitaran haid dan kekeringan vagina. Kesan-kesan sampingan ini akan hilang sebaik sahaja anda melengkapkan rawatan

Oleh kerana ubat ini akan menyebabkan saya berada dalam keadaan yang mirip keputusan haid, adakah saya juga akan mengalami kehilangan mineral tulang yang serius?
Sedikit kehilangan mineral tulang (3.2%) mungkin akan berlaku semasa terapi Lucrin Depot selama 6 bulan. Jumlah tersebut amatla rendah berbanding dengan wanita yang menyusu bayi mereka dengan susu ibu selama 6 bulan atau lebih.

Kesan ini hanya sementara dan akan pulih sebaik sahaja anda melengkapkan rawatan

* Rasa sakit, bengkak atau kemerahan di tempat suntikan
* Batuk
* Biasa kelelahan atau kelemahan
* Kelelahan mengantuk atau mengantuk
* Sukar untuk tidur
* Ringan otot, sakit punggung atau sendi
* Perubahan dalam saiz testikel
* Perubahan dalam dorongan seksual anda
* Kegagalan untuk mendapatkan atau mengekalkan ereksi
* Berkeringat dan bau badan
* Hot flushes
* Umum nyeri
* Mual / muntah
* Berdengung, mendesis, bersiul, nada atau suara persisten yang lain di telinga
* Masalah kulit ringan seperti ruam, gatal, kulit kering atau jerawat
* Sakit kepala
* Pusing atau kepala ringan
* Diare
* Sembelit
* Kekeringan faraj
* Laman Payudara
* Insomnia
* Mood ayunan
* Gelisah
* Laman berat
* Bersama gangguan
* Penurunan libido
* Kemurungan
* Sesak nafas
* Umum sakit

bagitahu la doktor anda secepat mungkin jika anda melihat salah satu daripada yang berikut:

* Pembengkakan pada kaki
* Masalah dengan penglihatan anda
* Kesulitan bernafas
* Mati rasa atau kesemutan tangan atau kaki
* Darah dalam urin anda
* Kesulitan atau sakit ketika buang air kecil
* Laman saiz payudara

Katakan kepada doktor anda segera atau pergi ke kemalangan di rumah sakit terdekat jika salah satu daripada yang berikut berlaku:

* Pembengkakan pada wajah, bibir, mulut, tekak atau leher yang boleh menyebabkan kesulitan dalam menelan atau bernafas atau keruntuhan mendadak
* Kegoyangan saat berjalan

Thursday, April 7, 2011

Laparoscopy - Endometriosis

Keputusan terakhir aku terpaksa menajalani laparoscopy? masa doc cakap laparoscopy akan dmskkan camera ke dlm pusat, admit awl pg 10.30am then buat operation around 4pm. saat aku tunggu giliran n mula fikir kene masuk operation room for the 1st time. aku di sarankan bpuasa dari 8am until operation.Cuma boleh minum air mineral. selepas operation dalam kul 10pm baru aku sedar..aku pun xtau brapa lama aku sleep..sedar2 husband, my mum n my brother in law ada d tepi katil aku..au bsyukur semua bjalan dengan lancar.



Laparoscopy adalah prosedur yang digunakan untuk memeriksa kesihatan organ peranakan wanita. Melalui satu hirisan kecil pada perut, laparoscopy memudahkan doktor untuk melihat keadaan rahim, salur fallopian dan ovari dengan mata mereka sendiri secara dekat. Ini membolehkan pemeriksaan menyeluruh dapat dijalankan untuk mengetahui dengan tepat sebab mengapa wanita gagal hamil.

Laparoscopy selalunya digunakan untuk:
•merawat salur fallopian yang bermasalah
•membuang parut dalam pelvis
•merawat endometriosis
•membuang ovarian cyst
.
Siapa yang memerlukan laparoscopy?
Selalunya dibuat untuk mereka yang mengalami:
Masalah ketidaksuburan yang tidak diketahui puncanya
Masalah senggugut
Masalah sakit perut yang berpanjangan
Mereka yang mengalami ovarian cyst semasa ujian ultrasound

Bagaimana prosedur dibuat?
Pesakit diarahkan berpuasa sekurang-kurang 6 jam sebelum prosedur. Ia selalunya dibuat dalam keadaan tidak sedar sepenuhnya. Bergantung kepada apa yang di dapati semasa prosedur, ia mungkin mengambil masa 30 min -2 jam. Pakar bedah akan membuat 2-3 hirisan pada perut, lebih kurang 1 cm panjang dan salah satu hirisan tersebut dibuat pada bahagian pusat. Satu jarum akan dimasukkan pada hirisan pusat tersebut dan gas karbon dioxida akan disalurkan kedalam abdomen untuk menghalang usus dari menganggu penglihatan. Kemudian, satu kamera kecil akan dimasukkan pada hirisan yang sama dan imej yang dirakamkan di dalam perut akan disalurkan kepada TV untuk dilihat oleh pakar bedah. Sekiranya terdapat masalah pada sistem peranakan, pakar bedah mungkin akan membuat satu lagi hirisan untuk prosedur pembedanan pada masa itu juga.

Komplikasi
Laparascopy, walaupun di kategorkan sebagai prosedur kecil, ia juga tidak terlepas dari komplikasinya yang tersendiri, walaubagaimanapun ia jarang berlaku.

Komplikasi termasuklah:
Luka pada pundi kencing, usus dan salur kencing
Luka pada salur darah
Perdarahan dalaman
Jangkitan kuman
Reaksi terhadap ubat bius
Hernia

Selepas laparascopy
Selepas laparoscopy, anda mungkin akan merasa sedikit sengal untuk 1 minggu. Selalunya anda boleh kembali kerja selepas 2-3 minggu. Sekiranya terdapat masalah semasa laparoscpy seperti ovarian cyst, endometrisis atau masalah pada salur peranakan pembedahan selalunya akan dibuat dalam masa yang sama semasa prosedur.

Tiub falopian

Dengan izinmu sembuhkan lah aku...

Pesakit ini ada hematosalpinx (darah period masuk ke tiub falopian dan tersekat sehingga tiub membengkak berbonggol2/beruas)

1. Tiub falopian penting sebagai "meeting place" sperma dan ovum (telur wanita).
2. Ia bersambung terus dengan ruang rahim di kanan dan di kiri tanduknya. Tetapi ia tidak bersambung terus dengan ovari kanan dan kiri. Terdapat ruang bebas di antara tiub falopian dan permukaan ovari.
3. Bahagian pangkal tiub falopian sangat halus diameter terowongnya. Bahagian hujung tiub falopian pula mengembang seperti serombong dan mempunyai jejari halus yang dinamakan fimbria.
4. Fimbria sangat penting untuk "menyapu2 dan menyedut" ovum yang baru keluar dari permukaan ovari pada waktu subur (ovulasi). Jika tidak, ovum ini akan terlepas dan "jatuh" ke bawah.
5. Lazimnya, kita tidak dapat melihat tiub falopian sewaktu ultrasound pelvis (termasuklah ultrasound trans-vaginal i.e. TVS).
6. Untuk menguji tiub falopian tersumbat ataupun tidak, ada 2 cara yang biasanya dilakukan:
--- HSG (X-ray untuk mengambil "gambar" laluan cecair bersifat kontrast yang dimasukkan dari bawah)
--- laparoskopi iaitu melihat sendiri dari tayangan/rakaman cecair biru (metilene biru) yang keluar dari hujung tiub falopian (yang dimasukkan dari bawah juga)


HSG
- murah (RM180-1200 mengikut hospital), mudah, sedikit sakit (dilakukan di bilik X-ray)
- kadang2 (jarang) boleh terlebih sakit akibat jangkitan kuman
- hanya menunjukkan laluan sahaja ie. sama ada tersumbat atau tidak SAHAJA

Laparoskopi
-mahal (RM5K ke atas), pembedahan (kena bius), dilakukan dalam bilik bedah
- lebih terperinci. Selain dapat tahu tersumbat atau tidak, boleh tengok rupasifat tiub falopian dari permukaan luarnya (ada melekat ataupun tidak, fimbriae cantik atau cacat), boleh tengok sama ada terdapat penyakit lain pada ruang pelvis, boleh buat prosedur rawatan sekali. Kira menyeluruh dan "gold standard" le.

Walaupun begitu, saya selalunya tidak melakukan laparoskopi untuk kesemua wanita ini. Hanya yang saya syak ada masalah eg rahim ke belakang (retroverted), kedudukan ovari berlainan, tiub falopian membengkak, cyst ovari dll, baru saya advise.

Yg lain2 ie yg tiada masalah period/senggugut, kedudukan rahim dan ovari normal, memadai melakukan HSG sahaja dahulu. Murah pun dan tak perlu mengambil risiko bius/pembedahan.

Tidak ada istilah pembedahan yang boleh mencuci/flush tiub falopian. Ini kerana hampir semua hospital di Malaysia tidak mempunyai falloscope (teropong halus yang dapat masuk ke dalam terowong tiub falopian). Mungkin doktor bermaksud apabila cecair dilalukan/ditembak masuk dari bawah, pancutan cecair ini DIHARAPKAN dapat melegakan sekatan2 kecil yang ada. Namun setakat mana "complete"nya prosedur melegakan ini berjaya tidaklah dapat dipastikan.

Satu lagi perkara penting, di sepanjang permukaan dalam terowong tiub falopian, ada rerambut halus (silia) yang digerakkan oleh otot-otot halus untuk "menolak" atau "membawa" sperma, telur dan embrio yang terhasil. Kuasa Allah bagaimana tiub ini tahu untuk menolak sperma ke hujung dan menarik telur ke tengah dan menolak embrio ke tengah hingga ke dalam ruang rahim. Bayangkan jika arah tolakan itu berubah2.

Pada masa yang sama, cecair yang terdapat di dalam tiub falopian ini mengandungi bahan nutrien yang diperlukan oleh embrio yang membahagi dan membesar itu.

Berbalik kpd tiub falopian yang sepatutnya tidak dapat dilihat dalam ultrasound. Gambar di atas menunjukkan tiub falopian yang membengkak. Ini dinamakan hydrosalpinx (jika ada cecair yang selalunya disebabkan oleh jangkitan PID), ataupun hematosalpinx (jika ada darah eg darah haid terperangkap di dalamnya), ataupun pyosalpinx (jika ia telah bernanah akibat jangkitan).


Tiub yang bermasalah mendedahkan seseorang kepada kesukaran hamil. Dalam keadaan ini, IVF lebih sesuai. Tatapi masih ada yang didapati berjaya hamil tanpa IVF, malah ada yang hamil spontaneously. Inilah kehendak Tuhan, kami doktor seperti anda, hanya berusaha. Cuma pesan saya, jika anda hamil, segeralah scan nak tengok kandungan itu di dalam rahim atau di dalam tiub/tempat lain (ektopik).

PCOS

PCOS adalah singkatan PolyCystic Ovarian Syndrome.Cyst ini sebenarnya merupakan kantung folikel berisi telur (dan air) yang tidak dapat membesar sepenuhnya untuk melalui ovulasi. Ia kekal di dalam ovari ie tidak pecah/diovulasi dan dinamakan cyst(iaitu berjenis follicular cyst).Dari bulan ke bulan, bilangan cyst ini bertambah menjadi semakin banyak dan membentuk Polycystic Ovary (PCO)berhampiran permukaan ovari atau ovari bersaiz besar. Anda dikatakan mempunyai PCOS jika anda didapati mempunyai gangguan ovulasi samaada jarang2 atau tiada langsung. Pesakit PCOS juga didapati berdengkur dan mempunyai gangguan pernafasan sewaktu tidur, ini boleh menyebabkan anda mudah letih pada siang hari. Oleh itu, pesakit perlulah jaga pemakanan, senaman dan berat badan. Ini kerana pesakit lebih terdedah kepada penyakit Diabetes, lebih2 lagi jika anda obes. Sekiranya pesakit mengalami masalah kesuburan yang disebabkan anovulasi, rawatan semudah ubatan (hormon kesuburan) lazimnya akan diberikan disusuli dengan pemantauan TVS (transvaginal ulrasound). Jika ovulasi tidak berhasil secara ini, anda mungkin ingin memilih menjalani pembedahan laparoscopic ovarian drilling.

Set Asas Biodex Untuk Pesakit Yang ada FIBROID, CYST, ENDOMETRIOSIS & SENGGUGUT


KANDUNGAN :

1) D-TOXY ( GANTI BG BODY LIFT ) - RM88

* Mencuci saluran tiub falopiolendir, lemak @ darah yang membeku.
* Menyelesaikan masalah senggugut,period tidak lancar


2) SUPREME DIET - RM90

* Membantu meningkatkan penyerapan nutrien yang penting
* Mengandungi lebih 20 enzim, mineral, zat dan vitamin yang diperlukan.

3) TIGHT LA HONEY - RM59.90

*
Pencegahan bau yang tidak diingini.
*
Mengawal lendir dan lelehan.
*
Pencegahan barah payu dara dan rahim.
*
Menguatkan otot-otot rahim.
*
Membersihkan lelehan haid dan nifas.
*
Membuang angin dalam perut, sengugut, penyakit kelamin.
* Sangat disyorkan kepada mereka yang mengalami haid yang panjang dan banyak.


4) NONI CHEWABLE TABLET - RM32

* Membaiki sel-sel yang rosak dan mengaktifkan sel-sel yang lemah.
* Sesuai untuk mereka yang mengalami masalah ketumbuhan ( fibroid ), cyst, endometrosis dan yang berkaitan dengan darah.
* Menggalakkan sistem hormon wanita yang lebih stabil.

ENDOMETRIOSIS

Penyakit endometriosis ini adalah salah satu penyakit yang berbahaya, di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh dan membesar di bahagian yang tidak sepatutnya iaitu di luar rahim.

Biasanya ia akan membesar secara perlahan-lahan dan dapat dikesan setelah berusia 35 tahun ke atas.

Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar darah kotor atau darah haid.


SEJARAH ENDOMETRIOSIS

Saintis di University of Liverpool telah berjaya menemui sejenis enzim di dalam badan manusia yang hanya ditemui dalam air mani, ovum (tisu subur wanita) dan di dalam rahim.

Di mana enzim ini di keluarkan oleh tisu rahim sejurus selepas proses kesuburan wanita yang mempunyai Endometriosis. Enzim ini dikenali sebagai telomeres, kadang kala ia dijumpai di dalam tisu barah dan mungkin bertanggungjawab untuk proses pembiakan DNA tisu kanser.

Pada kebiasaannya tempat-tempat di luar rahim di mana tisu endometrium ini tumbuh ialah pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament), tiub saluran fallopian, pundi-pundi kencing, kadang-kala di tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak ataupun pembedahan.

Endometrium ini juga boleh tumbuh dengan luar biasa saiznya pada dinding atau otot rahim menyebabkan penyakit yang dikenali sebagai Adenomyosis. Dinding rahim menjadi besar dari biasa dan membengkak.

Antara sebab tisu endometrium boleh tumbuh pada tempat-tempat luar biasa ialah kerana:

1. Kemungkinan darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui saluran fallopian.

Mungkin ini disebabkan oleh rahim yang kedudukannya luar biasa iaitu jatuh ke belakang ke arah tulang tongking (retroverted uterus). Keadaan rahim begini sering dikaitkan dengan penyakit endometriosis sedangkan pesakit yang memiliki rahim yang menghadap ke hadapan (anteverted) jarang ada penyakit endometriosis.

2. Tisu endometrium ini di bawa ke tempat lain melalui saluran darah atau saluran kelenjar. Tetapi hakikat sebenarnya kita tidak tahu bagaimana ianya berlaku.

Ada juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku di kalangan wanita-wanita yang sering tertekan jiwa mereka (stress), mereka yang mengalami masalah kemurungan,yang mudah menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi I.Q.nya.

3. Sistem ketahanan pada wanita tersebut telah lemah dan lentur, oleh itu tisu- tisu yang patut keluar dari tubuhnya kini menyerang balik tubuh badannya sendiri.

Apa yang terjadi ialah apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat tertentu, ia mulai tumbuh. Lapisan endometrium menjadi tebal akibat daripada rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah.

Jika keadaan begini berlaku dalam telur (ovari) lama kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cysts atau chocolate cysts kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat.



ENZIM TELOMERES

Setiap kromosom mempunyai penamat yang dipanggil Telomer, ia menghalang kromosom daripada musnah ketika proses pembiakan DNA. Wanita yang mempunyai Endometriosis mempunyai Telomer yang lebih panjang.

Haid menyebabkan Telomer ini menjadi lebih pendek sekaligus menyebabkan proses pembiakan DNA berhenti. Akan tetapi Telomeres akan menyebabkan proses pembiakan ini terus berjalan dan menjadi lebih dari yang sepatutnya. Proses ini berlaku dalam air mani dan ovum.



TANDA ENDROMETRIOSIS

1. Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang.

Senggugut ini mungkin dialami dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun selepas kahwin.

Ada setengahnya lega sekejap lepas berkahwin dan melahirkan anak tetapi senggugut ini akan timbul balik akibat daripada penyakit endometriosis.

Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang.

Biasanya sakit akan hanya reda selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi jika keadaan di mana endometriosis ini telah merebak, kesakitan ini mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti kadang-kala kesakitan masih ada lagi.

Ini menunjukkan bahawa penyakit ini berada di peringkat teruk dan mungkin telah melibatkan dinding atau otot rahim.

2. Kesakitan juga dialami ketika melakukan persetubuhan khususnya jika suaminya menekan agak kuat sedikit dan kesakitan juga mungkin dialami waktu membuang air besar khususnya pada waktu haid. Ini disebabkan oleh perdarahan yang berlaku dibelakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar.

3. Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan. Ini adalah masalah besar di kalangan pengidap-pengidap penyakit endometriosis.

Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah timbul, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung, samada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak ia tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian.

4. Pelbagai jenis kesakitan di bahagian perut, dibawah perut atau di bahagian pinggang serta juga pelbagai masalah perdarahan samada waktu haid atau di luar waktu haid seperti haid yang banyak atau yang berpanjangan. Kadang-kadang berlaku perdarahan di luar waktu haid.



BAGAIMANA KEMANDULAN BOLEH TERJADI

1. Penyakit endometriosis boleh merosakkan kilang telur menyebabkan ia tidak boleh mengeluarkan benih.

2. Penyakit endometriosis boleh menyebabkan kerosakan pada saluran fallopian sehingga benih lelaki tidak boleh masuk untuk bertemu dengan telor.

3. Kemungkinan penyakit endometriosis ini juga mengeluarkan beberapa jenis racun yang mungkin mematikan benih dan telur atau embryo.

4. Seterusnya endometriosis mungkin menimbulkan gangguan-gangguan hormon yang biasanya mengawal kesuburan wanita.



KEGUGURAN

Endometriosis juga boleh menyebabkan kehamilan gugur di peringkat awal. Penyakit endometriosis boleh menyebabkan gangguan dalam hormon wanita ataupun ia menimbulkan keadaan beracun yang boleh membunuh atau menganggu pertumbuhan janin. Kadang-kala wanita yang mengidap penyakit endometriosis boleh gugur berulang-kali.

ENDOMETRIOSIS

Penyakit endometriosis merupakan satu jenis penyakit yang agak luar biasa. Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang makin ramai wanita yang menghidapinya. Di antara masalah yang ditumbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan, kemandulan dan keguguran yang mungkin berulang-kali. Ia juga boleh menyebabkan berbagai jenis masalah seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan dan lain-lain.

Apakah sebenarnya penyakit Endometriosis?

Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.

Bagaimana selaput endometrium ini boleh tumbuh di luar rahim?

Biasanya tempat-tempat di luar rahim di mana tisu endometrium ini tumbuh ialah pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament), saluran fallopian, pundi kencing, kadang-kala di tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak ataupun pembedahan untuk tujuan lain. Endometrium ini juga boleh tumbuh pada dinding/otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar Adenomyosis.

Bagaimana tisu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat-tempat yang luar biasa, tidaklah diketahui dengan tepat. Terdapat beberapa teori yang cuba menjelaskan berlakunya keadaan seperti ini. Di antaranya ialah ada kemungkinan darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui saluran fallopian. Mungkin ini disebabkan oleh rahim yang kedudukannya luar biasa iaitu jatuh ke belakang ke arah tulang tongking (retroverted uterus). Keadaan rahim begini sering dikaitkan dengan penyakit endometriosis sedangkan rahim yang menghadap ke hadapan (anteverted) jarang penyakit endometriosis.

Ada juga yang menyatakan bahawa tisu endometrium ini di bawa ke tempat lain melalui saluran darah atau saluran kelenjar. Tetapi hakikat sebenarnya kita tidak tahu bagaimana ianya berlaku. Ada juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku dikalangan wanita-wanita yang sering tertekan jiwa mereka (stress), yang mudah menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi I.Q.nya.

Ada juga yang mengatakan bahawa system ketahanan pada wanita tersebut telah lemah dan lentur, oleh itu tisu-tisu yang patut keluar dari tubuhnya kini menyerang balik tubuh badannya sendiri. Apa yang terjadi ialah apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat tempat tertentu, ia mulai tumbuh. Lapisan endometrium menjadi tebal akibat daripada rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah.

Jika keadaan begini berlaku dalam telur (ovari) lama kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cysts atau chocolate cysts kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat.

Apakah tanda-tanda atau gangguan?

Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang. Senggugut ini mungkin dialami dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun selepas kahwin. Ada setengahnya lega sekejap lepas berkahwin dan melahirkan anak tetapi senggugut ini akan timbul balik akibat daripada penyakit endometriosis. Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang.

Biasanya sakit akan hanya reda selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi jika keadaan di mana endometriosis ini telah merebak, kesakitan ini mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti kadang-kala kesakitan masih ada lagi. Ini menunjukkan bahawa penyakit ini berada di peringkat teruk dan mungkin telah melibatkan dinding/otot rahim.

Kesakitan juga dialami ketika melakukan persetubuhan khususnya jika suaminya menekan agak kuat sedikit dan kesakitan juga mungkin dialami waktu membuang air besar khususnya pada waktu haid. Ini disebabkan oleh perdarahan yang berlaku dibelakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar.

Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan. Ini adalah masalah besar di kalangan pengidap-pengidap penyakit endometriosis. Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah timbul, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung, samaada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak ia tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian.

Bagaimana pengidap endometriosis ini boleh jadi mandul?

Sebenarnya ada beberapa penjelasan.

Di antaranya penyakit ini boleh merosakkan kilang telur menyebabkan ia tidak boleh keluar benih. Kedua mungkin menyebabkan kerosakan pada saluran fallopian menyebabkan benih lelaki tidak boleh masuk untuk bertemu dengan telor. Ketiga mungkin endometriosis ini juga mengeluarkan beberapa jenis racun yang mungkin mematikan benih dan telur atau embryo. Seterusnya endometriosis mungkin menimbulkan gangguan-gangguan hormon yang biasanya mengawal kesuburan wanita. Tetapi dikalangan pengidap endometriosis ada juga yang boleh hamil walaupun tanpa diberi rawatan.

Keguguran

Endometriosis juga boleh menyebabkan kehamilan gugur di peringkat awal. Bagaimana ia menyebabkannya kita tidak tahu, tetapi ada kemungkinan endometriosis menyebabkan gangguan dalam hormon wanita ataupun ia menimbulkan keadaan beracun yang boleh membunuh atau menganggu pertumbuhan janin. Kadang-kala wanita yang mengidap penyakit endometriosis boleh gugur berulangkali.

Lain lain tanda atau gangguan akibat dari penyakit endometriosis termasuklah berbagai jenis kesakitan di bahagian perut, dibawah perut atau di bahagian pinggang serta juga berbagai masalah perdarahan samada waktu haid atau di luar waktu haid seperti haid yang banyak atau yang berpanjangan. Kadang-kadang berlaku perdarahan di luar waktu haid.

Pengesahan penyakit endometriosis.

Daripada tanda-tanda tersebut kita sering mengesyaki pengidap penyakit endometriosis dan ini dapat disahkan melalui beberapa pemeriksaan serta ujian. Apa yang biasa dilakukan yang mempunyai tanda-tanda ialah pemeriksaan kemaluan dan dari situ doktor dapat mengesan kedudukan rahim mungkin jatuh ke belakang (retroverted) dan bila disentuh bahagian belakang rahim ia akan merasa kesakitan. Ujian ultrasound melalui faraj (vaginal sonography) adalah sangat penting kerana ia boleh mengesan tumbuhan cyst pada bahagian kilang telur.

Rawatan penyakit endometriosis

Oleh kerana kebanyakan daripada mereka yang bertemu doktor mengalami ketidaksuburan ataupun berulangkali gugur yang mungkin disertai oleh senggugut, mereka memerlukan rawatan yang sewajarnya. Yang penting sekali tujuan rawatan ialah untuk wanita tersebut hamil, kerana keadaan hamil boleh mengawal pertumbuhan atau menghapuskan sama sekali penyakit endometriosis ini.

Pembedahan untuk membuang endometriosis

Jika terdapat ‘chocolate cyst’ ataupun keadaan rahim yang terbalik (retroverted) pembedahan akan dilakukan. Biasanya saya sendiri mencadangkan pembedahan secara laparoscopy disertai dengan pembedahan kecil pada bahagian bawah perut dengan irisan lebih kurang dua atau tiga inci untuk membuang tumbuhan cyst serta untuk membersihkan dan membuat cautery atau tembakan pancaran laser pada bahagian-bahagian yang terkena tumbuhan endometriosis.

Pembedahan ini juga membolehkan doktor membetulkan rahim dengan menjahit rahim ke otot perut di bahagian hadapan (ventro suspension of the uterus). Setelah ini dilakukan, bahagian peranakan serta bahagian sekitarannya akan dibasuh dengan cecair untuk menghilangkan segala kotoran dan keracunan yang dikeluarkan oleh endometriosis. Jika terdapat kesumbatan pada saluran fallopian ketika pembedahan, keadaan ini juga boleh diperbetulkan sekali.

Selain daripada secara pembedahan, rawatan dengan ubat-ubat sering juga dilakukan. Di pasaran terdapat banyak ubat-ubat hormon yang digunakan di antaranya hormon-hormon Progesterone yang mana diantara jenamanya ialah Primulut, Norculut atau lainnya yang digunakan selama enam hingga sembilan bulan dengan tujuan untuk menghentikan haid. Juga terdapat ubat-ubat seperti Danazol yang mana tujuannya adalah sama iaitu untuk menghentikan haid dan mengurangkan tumbuhan endometriosis ini.

Dalam beberapa tahun yang lepas ubat-ubat terbaru yang diberikan secara suntikan sebulan sekali dan terdapat berbagai jenama seperti Zoladex dan lain-lain untuk digunakan selama enam hingga sembilan. Suntikan-suntikan tersebut agak mahal sedikit dan ia memberi kesan sampingan seperti yang dialami oleh wanita yang sedang putus haid manakala kesan sampingan yang lain seperti apabila memakan pil Danazol ialah perubahan-perubahan yang menimbulkan sifat kelelakian seperti tumbuh rambut dan suara menjadi kasar. Peningkatan timbang berat juga merupakan satu kesan sampingan. Saya sekarang ini kurang menggunakan ubat-ubat untuk merawat pesakit-pesakit endometriosis khususnya mereka yang mempunyai masalah kemandulan atau keguguran yang berulang kali. Saya lebih suka melakukan pembedahan untuk membetulkan kedudukan rahim dan juga melakukan lain-lain pembetulan dan pembersihan di dalam dan persekitaran rahim kerana hasil dari segi mendapatkan kehamilan berlaku dengan lebih kerap dan cepat lagi. Apabila wanita itu hamil, Insya Allah penyakit endometriosis ini terkawal dan jarang berulang lagi.

Bolehkah penyakit berulang?

Penyakit endometriosis adalah sejenis penyakit yang tidak diketahui apa puncanya dan ia sering berterusan tumbuh serta merosakkan peranakan dan usus. Kerosakan ini boleh menyebabkan seorang wanita terus mandul, atau mengalami kesakitan yang amat teruk. Pada kebiasaanya jika wanita itu hamil dalam masa setahun lepas pembedahan, kemungkinan ia berulang agak kecil. Tetapi jika tidak hamil lepas dua tahun, kemungkinan berulang adalah besar.

Selain dari kehamilan, kita tidak mengetahui dengan tepat kaedah mencegah penyakit endometriosis dari berulang.

Tetapi amalan mengawal makanan, iaitu dengan menjauhkan makanan yang menyebabkan alahan seperti beberapa jenis makanan laut, daging lembu atau kambing. Banyakkan sayuran dan protin dari ikan dan kacang soya. Latih diri untuk tenang fikiran dan gangguan emosi. Gunakan berbagai kaedah untuk menangkis stress.

Pembedahan buang rahim (hysterectomy)

Pembedahan untuk membuang rahim dan ovari juga satu rawatan yang akhir bagi mereka mengalami penyakit endometriosis yang teruk sekali dan semua organ seperti rahim dan kilang telur telah rosak. Ia mungkin tidak berfungsi lagi dari segi kesuburan dan daya upaya untuk hamil. Di samping itu ia menyebabkan masalah kesakitan yang amat sangat setiap bulan ataupun secara berterusan dan mengganggu kerja harian. Ia mungkin juga menimbulkan gangguan haid yang tidak terkawal yang mengganggu kehidupan seharian, hubungan suami isteri dan juga mengganggu wanita-wanita kita untuk membuat amal ibadah.

Jika keadaan demikian berlaku, tidak ada pilihan lain melainkan melakukan pembedahan besar iaitu untuk membuang rahim serta kilang telur. Pilihan ini biasanya kita tangguhkan sehingga wanita itu sampai ke umor 40 lebih tetapi dalam keadaan yang luar biasa dimana penyakit itu sangat teruk, kita juga melakukan pembedahan ini diperingkat tiga puluhan tahun.

Rumusan

Penyakit endometriosis ini ialah satu penyakit yang aneh di mana banyak perkara yang tidak ketahui tetapi ia menimbulkan berbagai-bagai masalah pada wanita. Kita tidak tahu mengapa darah kotor berkumpul di belakang rahim dan di kilang telur. Ada setengah pakar-pakar perubatan Islam yang beranggapan bahawa darah ini adalah makanan jin dan mungkin ada kaitan orang halus ini mengganggu peranakan seseorang wanita dan mengganggu agar ia tidak boleh mempunyai zuriat. Oleh itu kaedah-kaedah rawatan alternatif juga perlu dilakukan serentak dengan cara cara moden, kaedah perubatan Islam, kaedah ubat ubat tradisional selagi cara-cara tradisional ini tidak menyebabkan syirik ia boleh diamalkan. Mungkin terdapat ubat-ubat herbal yang belum dikenalpasti lagi yang mungkin masih ada di hutan kita yang berpotensi untuk merawat penyakit endometrosis dan memulihkan keadaan subur seperti biasa.

Wednesday, April 6, 2011