Dengan izinmu sembuhkan lah aku...
Pesakit ini ada hematosalpinx (darah period masuk ke tiub falopian dan tersekat sehingga tiub membengkak berbonggol2/beruas)
1. Tiub falopian penting sebagai "meeting place" sperma dan ovum (telur wanita).
2. Ia bersambung terus dengan ruang rahim di kanan dan di kiri tanduknya. Tetapi ia tidak bersambung terus dengan ovari kanan dan kiri. Terdapat ruang bebas di antara tiub falopian dan permukaan ovari.
3. Bahagian pangkal tiub falopian sangat halus diameter terowongnya. Bahagian hujung tiub falopian pula mengembang seperti serombong dan mempunyai jejari halus yang dinamakan fimbria.
4. Fimbria sangat penting untuk "menyapu2 dan menyedut" ovum yang baru keluar dari permukaan ovari pada waktu subur (ovulasi). Jika tidak, ovum ini akan terlepas dan "jatuh" ke bawah.
5. Lazimnya, kita tidak dapat melihat tiub falopian sewaktu ultrasound pelvis (termasuklah ultrasound trans-vaginal i.e. TVS).
6. Untuk menguji tiub falopian tersumbat ataupun tidak, ada 2 cara yang biasanya dilakukan:
--- HSG (X-ray untuk mengambil "gambar" laluan cecair bersifat kontrast yang dimasukkan dari bawah)
--- laparoskopi iaitu melihat sendiri dari tayangan/rakaman cecair biru (metilene biru) yang keluar dari hujung tiub falopian (yang dimasukkan dari bawah juga)
HSG
- murah (RM180-1200 mengikut hospital), mudah, sedikit sakit (dilakukan di bilik X-ray)
- kadang2 (jarang) boleh terlebih sakit akibat jangkitan kuman
- hanya menunjukkan laluan sahaja ie. sama ada tersumbat atau tidak SAHAJA
Laparoskopi
-mahal (RM5K ke atas), pembedahan (kena bius), dilakukan dalam bilik bedah
- lebih terperinci. Selain dapat tahu tersumbat atau tidak, boleh tengok rupasifat tiub falopian dari permukaan luarnya (ada melekat ataupun tidak, fimbriae cantik atau cacat), boleh tengok sama ada terdapat penyakit lain pada ruang pelvis, boleh buat prosedur rawatan sekali. Kira menyeluruh dan "gold standard" le.
Walaupun begitu, saya selalunya tidak melakukan laparoskopi untuk kesemua wanita ini. Hanya yang saya syak ada masalah eg rahim ke belakang (retroverted), kedudukan ovari berlainan, tiub falopian membengkak, cyst ovari dll, baru saya advise.
Yg lain2 ie yg tiada masalah period/senggugut, kedudukan rahim dan ovari normal, memadai melakukan HSG sahaja dahulu. Murah pun dan tak perlu mengambil risiko bius/pembedahan.
Tidak ada istilah pembedahan yang boleh mencuci/flush tiub falopian. Ini kerana hampir semua hospital di Malaysia tidak mempunyai falloscope (teropong halus yang dapat masuk ke dalam terowong tiub falopian). Mungkin doktor bermaksud apabila cecair dilalukan/ditembak masuk dari bawah, pancutan cecair ini DIHARAPKAN dapat melegakan sekatan2 kecil yang ada. Namun setakat mana "complete"nya prosedur melegakan ini berjaya tidaklah dapat dipastikan.
Satu lagi perkara penting, di sepanjang permukaan dalam terowong tiub falopian, ada rerambut halus (silia) yang digerakkan oleh otot-otot halus untuk "menolak" atau "membawa" sperma, telur dan embrio yang terhasil. Kuasa Allah bagaimana tiub ini tahu untuk menolak sperma ke hujung dan menarik telur ke tengah dan menolak embrio ke tengah hingga ke dalam ruang rahim. Bayangkan jika arah tolakan itu berubah2.
Pada masa yang sama, cecair yang terdapat di dalam tiub falopian ini mengandungi bahan nutrien yang diperlukan oleh embrio yang membahagi dan membesar itu.
Berbalik kpd tiub falopian yang sepatutnya tidak dapat dilihat dalam ultrasound. Gambar di atas menunjukkan tiub falopian yang membengkak. Ini dinamakan hydrosalpinx (jika ada cecair yang selalunya disebabkan oleh jangkitan PID), ataupun hematosalpinx (jika ada darah eg darah haid terperangkap di dalamnya), ataupun pyosalpinx (jika ia telah bernanah akibat jangkitan).
Tiub yang bermasalah mendedahkan seseorang kepada kesukaran hamil. Dalam keadaan ini, IVF lebih sesuai. Tatapi masih ada yang didapati berjaya hamil tanpa IVF, malah ada yang hamil spontaneously. Inilah kehendak Tuhan, kami doktor seperti anda, hanya berusaha. Cuma pesan saya, jika anda hamil, segeralah scan nak tengok kandungan itu di dalam rahim atau di dalam tiub/tempat lain (ektopik).
No comments:
Post a Comment